Wednesday, July 29, 2009

A Horrible Day!!

Damn!!! Bosan gile hari ni. Apa taknye TV umah ni boleh rosak la pulak. Ada 1 line kat tengah-tengah TV pastu macam bentuk spek mata lak kat tengah-tengah tu. Yang bahagian tu je la yang leh nmpak gambar. Cane nak tengok camtu. Nape la TV ni nak rosak pulak mase Abah takde kat umah. Malam semalam Abah baru je kuar tak sampai sejam die buat hal TV ni. Start jadi mcm tu. Abah balik Kedah pulak, hari Jumaat baru balik sini . Kalo Abah ada kat umah leh tengok-tengokkan ke hantar pegi repair ke.
Aduiiii.... Bosan banget sihhhh. Aku ni dah la jenis yang suke tengok TV. Malam ni je aku dah terlepas tengok Kyle XY. Dah la favourite show aku tu. Huhu... Tadi pun aku pasang je walaupun tak nampak sangat, aku pasang gak. Asalkan boleh dengar suara pun jadila. Petang tadi balik dari sekolah aku tengok Wani pasang cd 'Cinta Tiga Musim.' Abis la die menyelongkar cd-cd lama tu. Dia lagi boring, satu hari suntuk kat umah je. Nasib ko la Wani.Tadi lak kitorg baru lepas layan cd cerita Cina 'Marry a Rich Man'. Layan je la walaupun aku da hafal sangat jalan cerita cd tu.
Bila difikir-fikirkan balik, umur TV ni rasanya dah cecah berbelas tahun. Yang beli TV ni arwah abang Simi. Tak silap die beli mase tu baru-baru je keje rasanya. Dah lama jugak ye. Masa arwah baru kawin dulu aku tanya jugak kat die 'Ko nak bawak TV ni sama ke?' Dia jawab 'Tak payahlah, tinggal sini je la TV tu. Tak kan nak bawak pulak. Kat umah sana dah ada TV dah.' hehehehe... Aku saja-saja je tanya.
Yela mane tau die nak angkut harta-benda die pindah umah baru. Tapi arwah ni lain sikit, mase pindah masuk umah kak ipar aku dulu die bawak barang-barang yang selalu nak pakai je. Yang lain-lain banyak lagi die tinggalkan kat umah mak. Pastu bile kitorang dah pindah masuk pangsapuri ni, aku bising-bising kat die suh angkut sume barang-barang die yang masih berbaki. Aku cakap 'Tak kan nak letak kat sini lagi kot. Umah ko lagi besar dari umah kitorng ni. Umah sekarang dah kecik, tak muat nak letak banyak barang-barang.' Die pun angkut la sume barang-barang die bawak balik Kajang dengan muke tak puas hati. Tapi ade jugak lagi barang die yang masih berbaki. Aku malas nak bising lagi biarkan je la. Kadang-kadang tu die dah kumpulkan barang yang nak bawak balik tapi bile balik lenggang-kangkung je lupe nak bwk sekali. Terutama sekali album gmbar die mase mude-muda dulu. Ade hikmahnye jugak die tinggalkan album tu, boleh gak mak aku bawak balik Kedah album die tu wat pengubat rindu bile die dah tak ada ni.
Eh.. berbalik pade hal TV tadi. Aku rasa-rasa la TV ni nak ikut tuan yang beli die kot. Ade ke camtu? Logik ke teori aku ni? huhu... apa-apa pun tunggu la abah balik.Tadi mesej Abah bagitau TV rosak, Abah kata balik nanti Abah betulkan. Yela sangat tu hehehehe... Jangan makin rosak sudah.. Kalo still leh betulkan Alhamdulillah. Kalo tak kene la pegi beli TV baru gamaknya. Alang-alang angkat TV Plasma la Hahahahaha.... Mak mesti mengamuk punye, wat menambahkan hutang je hehehehehehe... Ampun mak, gurau je.



SEBELUM

(Masa ni elok lagi TV ni, still leh berbakti untuk aku lagi.)
*

*

*

*

SELEPAS



(dAH JADI MACAM NI LAK tv NI. aPE VIRUS DA MERASUK tv NI PUN AKU TAK TAU. hUHU....)







Tuesday, July 21, 2009

~SaTu KiSaH cInTa BiAsA~

Suami saya adalah seorang jurutera. Saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul di hati saya ketika bersandar di bahunya.
Tiga tahun dalam masa perkenalan dan dua tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui bahawa saya mulai letih…lelah…, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya.
Tetapi, semua itu tidak pernah saya peroleh. Suami yang jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang dan ketidak mampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal. Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan perceraian.
”Mengapa?” Dia bertanya dengan nada terkejut. ”Intan letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan.”
Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya. ”Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Intan?” Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.
”Intan ada satu soalan, kalau Abang temui jawapannya di dalam hati Intan, Intan akan mengubah fikiran Intan. Seandainya, Intan menyukai sekuntum bunga cantik yang ada di tebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah Abang akan lakukan untuk Intan?” Dia termenung dan akhirnya berkata, ”Abang akan memberikan jawapannya esok.” Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.
Keesokkan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menemui selembar kertas dengan coretan tangannya di bawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang tertera...

”Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya.” Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya. ”Intan boleh mengetik di komputer dan selalu mengusik program di dalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Intan untuk memperbaiki program tersebut.”
”Intan selalu lupa membawa kunci rumah ketika Intan keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Intan ketika pulang.”
”Intan suka jalan-jalan di shopping complex tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Intan kunjungi, Abang harus mencari Intan dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Intan pulang ke rumah.”
”Intan selalu sengal-sengal badan sewaktu ’teman baik’ Intan datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Intan yang sengal itu.”
”Intan lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Intan akan menjadi ’pelik’. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Intan di rumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami.”
”Intan selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Intan, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti,abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu.”
”Tangan Abang akan memegang tangan Intan, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah.Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu.”
”Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat air matamu mengalir menangisi kematian Abang.”
”Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Intan.”
”Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Intan, Abang tidak akan menahan diri Intan mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Intan.”
Air mata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.
”Dan sekarang, Intan telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Intan puas hati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Intan.”
”Tetapi, jika Intan tidak puas hati, sayangku... biarlah Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Intan bahagia.”
Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.
Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam kewujudan yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam kewujudan yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.

Mengorak Langkah Pertama....

TARRAAAA.......
yummy yummy.... sedap kan tgk cup cake ni. tak rasa lagi pun tapi dah cukup menyedapkan mata memandang.
Ni la kegilaan aku skrg.. hehehehe...
xcited sgt nak pegi kelas die awal bulan 8 ni. Hopefully dengan bertambahnye skill aku nanti leh la aku menjana pendapatan sampingan sambil mengisi mase lapang dengan perkara yang aku sangat suke. At least kepuasan dapat sambil duit pun dapat.
insyaallah.. kalo ada rezki aku akan ade bisnes cup cake tak lame lagi AMIN....
pape pun yang penting usaha kan...
"KALAU TAK DI PECAHKAN RUYUNG, MANAKAN DAPAT SAGUNYA"
maksudnye.....
jangan malas kalo nak berjaya hehehehehehe...
( ni lum pegi kelas lagi da plan nak join venture wat bisnes ni ngan Kak Ina hehehehe... nasib die pun minat gak nak g kelas ni ade aku kawan. kalo tak kene pegi sorang2.)
Pada sesiape yang berminat nak pegi gak kelas mendeko cup cake, ni ade sedikit info pasal kelas yg dikendalikan oleh Reen.
Nak tau lebih lanjut surf add ni... http://dsaljurindubutiq.blogspot.com/
(tolong promote tu Reen, leh mintak komisen ni hehehehehehe...)
KELAS MENGHIAS CUPCAKE
Pada : setiap sabtu dan ahad
Lokasi : Klang, selangor.
Masa : 11.00-3.00pm
Bayaran: rm95.00 (NP RM120)
Modul:-12 biji cupcake akan dihias.-membancuh buttercream, menghias cupcake dengan buttercream,menghias dengan sugarpaste, dan menghias dengan coklat ganache,menghias dengan gel.-membuat bunga ros, badut, topi, melukis karektor, rossete, tulisan..dll.
Resepi diberikan.
Makanan disediakan.


Dibawah ni pics cupcake yang dicilok dari page Reen. heheheheh..
Excited la sangat...