Friday, October 09, 2009

Hello....

Ermmm... lame gile x update blog ni. Lama sgt x menjenguk sibuk ngan FB je.

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadan Al-Mubarak

Hi semua... pejam celik pejam celik dah nak masuk Ramadhan kan... Selamat berpuasa semua. Moga Ramadhan kali ini akan memberi lebih keberkatan dari bulan-bulan sebelum ini. Marilah kita melipat gandakan segala amalan dalam mengumpul lebih pahala di bulan yang mulia ini..
Bagi aku dan keluarga bulan puasa kali ini pastinya kami akan berasa sedih. Kami kekurangan seorang ahli keluarga. kalau sebelum ini, dialah yang paling excited dalam membeli juadah-juadah berbuka puasa. Kalo mase masih bujang dulu, balik keje je mesti ade something yg die akan beli. Bila dah kawin, walaupun jarang dapat berbuka bersama, tapi bile sesekali datang umah berbuka sama pasti akan penuh satu meja ngan juadah yang dibelinye. Murtabak la, popiah basah la, roti john la.. Sekarang dah xde dah.
Kalo dulu kami sekeluarga seronok sebab ahli keluarga bertambah bile abg kawin, pastu dpat lak zihah makin meriah la keluarga kami.. Tapi sekarang, bile abg dah meninggal bukan sahaja kami kehilangan abg, malah kami kehilangan 3 ahli keluarga sekaligus. Kalo dulu 6 orang pastu tambah sorng pastu sorang lagi. Serang dah tinggal berlima je. huhu...
Pasni kalo ngadap juadah berbuka puasa ape2 pun yg jadi favourite mesti teringatkan abg. Kalo makan roti jala ke, buah melaka ke, murtabak ke, popiah basah la n macam2 lagi la.
Ermmm dah la melalut ni.. selamat berpuasa ye semua. buat angah sori ye aku xdpat nak wat entry pasal cup cake. x jadila huhu.. nanti aku try wat lain ye...
Oklah aku nak balik kg ni, bas kul 12 mlm tgh tguu cikpa dtg amik ni.
Daaaaaaa....

Thursday, August 20, 2009

Es Alpukat & Kek Cawan Lobak Merah

Ermmm... lama tak update blog. Semuannya kerana masalah yang telah melanda ke atas broadband ni. Tak pelah. So, hari ni aku wat entry tentang 2 resepi yang baru aku cuba. Yang pertama minuman yang berasal dari Indonesia ES ALPUKAT. Alpukat kalo kat sini dipanggil avokado. Aku pernah terbaca tentang minuman ni mase bace novel yang bertajuk "Nota Cinta Buatmu". Kat dalam novel tu ada satu watak lelaki mat salleh yang bujang terlajak bernama Graham suka sangat minum Es Alpukat kalo singgah makan kat satu restoren nasi padang ni. Masa baca tu aku takdelah amik pot sangat sebab aku pun tak dapat nak bayang cane rase avokado ni. Yang aku selalu tgk and baca avokado dalam pencuci muka. Hahahahaha... Ntah cane satu hari mase aku tengah bosan-bosan terjupe satu blog penulis novel terkenal Norhayati Berahim. Belek punye belek blog die ade lak step by step recipe Es Alpukat ni. Die siap letak gambar lagi. Mase tu nampak sedap la pulak, dalam hati meronta-ronta nak cuba. rasa macam la tu gak nak pegi cari avokado. At last, selasa lepas mase aku and wani merayau-rayau kat Taman Dagang cari bahan-bahan and alatan untuk buat kek, terjupe lak avokado. Mak aiii mahalnya harga sebiji RM3.90. Huh... tapi sebab tak nak kempunan aku beli gak. So, malam tu aku try wat. Ermmm yummy... memang berbaloi harga mahal pun, sedap gile Es Alpukat ni. Macam aiskrim. Wani n abah pun setuju ngan aku yang air ni mmg sedap. Nanti balik Alor Setar, kalo jupe avokado kat Tesco aku nak wat untuk mak and Alan lak hehehe... For dispaly aku letakla beberapa gambar tuk tatapan kawan-kawan.


Es Alpukat yang lemak berkrim setelah dituangkan air gula merah dan sedia untuk diminum.


Okay tutup cerita pasal Es Alpukat, sekarang kite cerita pulak pasal kek lobak merah yang baru aku cuba ni. Aku saja-saja nak buat untuk Pot Luck and nak bawak balik kat mak and Alan. Nak try deco sendiri cup cake pun sama. Belek punya belek jupe resepi kek lobak ni, so aku try la. Rasa macam teringin la pulak nak mkn kek lobak asyik kek coklat je. So inilah hasilnya Kek Cawan Lobak Merah. Nanti aku tunjukkan pulak yang dah siap didecorate okay...
Sedap gak kek lobak ni, tak rugi try. hehehe...








Tuesday, August 11, 2009

~What Norhasliza Means~


What Norhasliza Means.....
  • You are very intuitive and wise.
  • You understand the world better than most people.
  • You also have a very active imagination.
  • You often get carried away with your thoughts.
  • You are prone to a little paranoia and jealousy.
  • You sometimes go overboard in interpreting signals.
  • You are well rounded, with a complete perspective on life.
  • You are solid and dependable.
  • You are loyal, and people can count on you.
  • At times, you can be a bit too serious.
  • You tend to put too much pressure on yourself.
  • You are wild, crazy, and a huge rebel.
  • You're always up to something.
  • You have a ton of energy, and most people can't handle you.
  • You're very intense.
  • You definitely are a handful, and you're likely to get in trouble. But your kind of trouble is a lot of fun.
  • You are truly an original person.
  • You have amazing ideas, and the power to carry them out.
  • Success comes rather easily for you... especially in business and academia.
  • Some people find you to be selfish and a bit overbearing.
  • You're a strong person.
  • You are usually the best at everything ... you strive for perfection.
  • You are confident, authoritative, and aggressive.
  • You have the classic "Type A" personality.
  • You are the total package - suave, sexy, smart, and strong.
  • You have the whole world under your spell, and you can influence almost everyone you know.
  • You don't always resist your urges to crush the weak. Just remember, they don't have as much going for them as you do.
  • You are relaxed, chill, and very likely to go with the flow.
  • You are light hearted and accepting.
  • You don't get worked up easily.
  • Well adjusted and incredibly happy, many people wonder what your secret to life is.
  • You tend to be pretty tightly wound.
  • It's easy to get you excited... which can be a good or bad thing.
  • You have a lot of enthusiasm, but it fades rather quickly.
  • You don't stick with any one thing for very long.
  • You have the drive to accomplish a lot in a short amount of time.
  • Your biggest problem is making sure you finish the projects you start.
  • You are incredibly wise and perceptive.
  • You have a lot of life experience.
  • You are a natural peacemaker, and you are especially good at helping others get along.But keeping the peace in your own life is not easy.
  • You see things very differently, and it's hard to get you to budge.

Monday, August 10, 2009

Novels Want To Be....

Tunggulah ahad depan akan aku miliki novel-novel yang tersenarai seperti di bawah. Boleh la menambahkan koleksi novel yang ada. Sebut pasal novel, cerah almari kat bilik aku sekarang ni. ape taknye mak teh and farhana dah borong habis koleksi novelku. Adela dala 10 buah novel aku telah di bawa bersiar-siar ke Alor Setar. Pah pun join sekali pinjam novel Ayat-ayat cinta. Jenuh aku nak bawak balik sini balik nanti huhu... Kalo aku wat sewa kan bagus. Charge by day hahaha... Banyak aku leh dapat tu. hehehehe Jangan mare Makteh and Ana. Selamat membaca ye....
1. Aku Bukan Billy Milligan
RM25.90
2. Chinta
3. Setiap Jumaat
RM24.90
4. Kembalikan Cintaku

Sunday, August 09, 2009

SeHaRi Di KeLaS MeNdEkO CuP CaKe...

Hari Sabtu 8 Ogos 2009, aku and wanie serta 3 org lagi kawan-kawan telah mengikuti kelas mendeko cup cake yang dianjurkan oleh Reen. Ini die design -design yang telah di ajar oleh Reen. Thanks Reen. Lihatlah hasil design aku and Wanie. Kene banyak practice lagi ni..

Hasil design aku ngan wani




Rumput ngan payung



Topi



Rose dari fondant



Rose dr icing cream

(susah tu nak wat, wani rilex je wat. cis, nmpk sgt aku x berseni huhu...)


Tulisan dari gel pastu suke ati nak design ape


Rose gak tp senang sikit dr tadi




Bunga-bungaan dari fondant



Bunga Sakura (ade rupe ke??hehe)

Badut sarkas


Rosette kecik

Wednesday, August 05, 2009

Aksesori dari Sabah...

Khas untuk Zue, Angah and sume kengkawan yang nak tengok gelang, keronsang and lain-lain aksesori dari Sabah yang aku tolong jualkan untuk kawan aku sekarang ni. Kalo ada yang berkenan di hati and nak memiliki sebagai koleksi sendiri boleh la bagitau kat aku ye. ade bnyak warna tapi aku just tunjuk warna yang aku dapat aritu je.


Gelang Cat Eye (pelbagai warna) - RM35
Gelang Mutiara Double (kristal pelbagai warna) -RM35

Gelang Mutiara Double + Tiger Eye - RM35



Gelang Mutiara + Kristal (pelbagai warna) -RM20
*atas dan tengah
Gelang Tiger Eye -RM40
*bawah


Gelang Kristal (pelbagai warna) -RM17

Keronsang Apple (pelbagai warna)- RM22

Keronsang Pin (pelbagai warna) - RM7

Keronsang Mutiara/Tiger Eye - RM5

Keronsang Berjuntai (pelbagai warna)-RM12

Sunday, August 02, 2009

~ I Dah Berdosa ~

Jangan tak tau popiah kentang ni *(seperti gambar yang dilampirkan di bawah) telah menyebabkan seseorang berdosa. Nak tau kisahnye, bacakan hingga ke akhirnya.

Hari jumaat yang lepas 31hb Julai sekolah aku wat 'Potluck'. Bulan ni memang kerap sikit wat 'Potluck' tapi kali ni untuk meraikan kaunseling petang yang nak berpindah sekolah. So, kami semua cikgu-cikgu petang pun bawak la menu masing-masing. Ada yang bawak nasi putih, bawak puding carrot,potato n mayonis (ntah ape name die kene tnye balik farah), aiskrim potong, masak lemak telur itik, ayam masak merah, kari daging, kek, rendang ayam di makan bersama nasi himpit, buah mata kucing, bergedil, puding buahan, keropok ikan dan bermacam-macam lagi la. Aku pun tak ingat semua.
Aku pulak pikir punya pikir nak bawak ape ye. Yang lepas-lepas aku bawak agar-agar santan. Takkan aku nak bawak agar-agar lagi kot. Tengok kat lam fridge ade inti kentang n kulit popiah. Kitorang lak tengah rehat jap menjual kuih so ade lagi la bende-bende tu. Aku pun ape lagi balut la kulit popiah tu berintikan kentang. Adala lam 45 biji yang berjaya aku hasilkan. Tengah hari tu aku mintak tolong Wani gorengkan popiah tu. Sebagai upahnye,die leh amik sikit popiah tu dan makan.
So, aritu aku bawak la popiah kentang tu bersama ngan sos sebotol. Lepas je perhimpunan pada cikgu-cikgu yang xde klas tu bole la stat makan. Termasukla aku sekali. Kami pun mula la merasa-rasa makanan yang di bawa oleh semua cikgu-cikgi tu. Dalam merasa-rasa tu ada sorang cikgu India (cun ooo macam heroin Bollywood) datang cakap kat aku 'Your kuih sedap la. You letak ape ye ayam ke daging?' Aku pun tanpa rasa bersalah jawabla 'Daging.' Lepas je aku jawab tu die pun mengeluarkan statement yang membuatkan aku rasa bersalah sangat. Nak tau die kata ape? Die kate 'Alamak, I dah berdosa.' Aku pun cakapla sorry bebanyak kat die. Lupe nak sound kat die awal-awal. Aku terlupe sangat-sangat. Lagipun inti tu aku da masak dulu, memang ada ayam tapi susah sangat nak kuarkan ayam tu yang aku pakai daging je. Daging pun tinggal sikit lagi habiskan yang tu je la.
Abah ade cakap mase awal-awal dulu, jangan letak daging letak ayam. India tak makan daging. Itulah abah cakap bukan nak dengar. Sorry la sangat-sangat pada yang dah berdosa disebabkan popiah aku ni. Tapi kalo Islam, kalo kite tak tahu tak ape, lepas dah tau pun makan lagi baru kire berdosa sebab dah tau kan. Apa-apa pun lepas ni kalo ada 'Potluck' lagi kene consider gak la bangsa-bangasa lain. macam kite ada yang kite leh makan, ada yang tak boleh. Diorang pun same gak kan. Kite kan berbilang bangsa One Malaysia la katakan... Hehehehehe..



Wednesday, July 29, 2009

A Horrible Day!!

Damn!!! Bosan gile hari ni. Apa taknye TV umah ni boleh rosak la pulak. Ada 1 line kat tengah-tengah TV pastu macam bentuk spek mata lak kat tengah-tengah tu. Yang bahagian tu je la yang leh nmpak gambar. Cane nak tengok camtu. Nape la TV ni nak rosak pulak mase Abah takde kat umah. Malam semalam Abah baru je kuar tak sampai sejam die buat hal TV ni. Start jadi mcm tu. Abah balik Kedah pulak, hari Jumaat baru balik sini . Kalo Abah ada kat umah leh tengok-tengokkan ke hantar pegi repair ke.
Aduiiii.... Bosan banget sihhhh. Aku ni dah la jenis yang suke tengok TV. Malam ni je aku dah terlepas tengok Kyle XY. Dah la favourite show aku tu. Huhu... Tadi pun aku pasang je walaupun tak nampak sangat, aku pasang gak. Asalkan boleh dengar suara pun jadila. Petang tadi balik dari sekolah aku tengok Wani pasang cd 'Cinta Tiga Musim.' Abis la die menyelongkar cd-cd lama tu. Dia lagi boring, satu hari suntuk kat umah je. Nasib ko la Wani.Tadi lak kitorg baru lepas layan cd cerita Cina 'Marry a Rich Man'. Layan je la walaupun aku da hafal sangat jalan cerita cd tu.
Bila difikir-fikirkan balik, umur TV ni rasanya dah cecah berbelas tahun. Yang beli TV ni arwah abang Simi. Tak silap die beli mase tu baru-baru je keje rasanya. Dah lama jugak ye. Masa arwah baru kawin dulu aku tanya jugak kat die 'Ko nak bawak TV ni sama ke?' Dia jawab 'Tak payahlah, tinggal sini je la TV tu. Tak kan nak bawak pulak. Kat umah sana dah ada TV dah.' hehehehe... Aku saja-saja je tanya.
Yela mane tau die nak angkut harta-benda die pindah umah baru. Tapi arwah ni lain sikit, mase pindah masuk umah kak ipar aku dulu die bawak barang-barang yang selalu nak pakai je. Yang lain-lain banyak lagi die tinggalkan kat umah mak. Pastu bile kitorang dah pindah masuk pangsapuri ni, aku bising-bising kat die suh angkut sume barang-barang die yang masih berbaki. Aku cakap 'Tak kan nak letak kat sini lagi kot. Umah ko lagi besar dari umah kitorng ni. Umah sekarang dah kecik, tak muat nak letak banyak barang-barang.' Die pun angkut la sume barang-barang die bawak balik Kajang dengan muke tak puas hati. Tapi ade jugak lagi barang die yang masih berbaki. Aku malas nak bising lagi biarkan je la. Kadang-kadang tu die dah kumpulkan barang yang nak bawak balik tapi bile balik lenggang-kangkung je lupe nak bwk sekali. Terutama sekali album gmbar die mase mude-muda dulu. Ade hikmahnye jugak die tinggalkan album tu, boleh gak mak aku bawak balik Kedah album die tu wat pengubat rindu bile die dah tak ada ni.
Eh.. berbalik pade hal TV tadi. Aku rasa-rasa la TV ni nak ikut tuan yang beli die kot. Ade ke camtu? Logik ke teori aku ni? huhu... apa-apa pun tunggu la abah balik.Tadi mesej Abah bagitau TV rosak, Abah kata balik nanti Abah betulkan. Yela sangat tu hehehehe... Jangan makin rosak sudah.. Kalo still leh betulkan Alhamdulillah. Kalo tak kene la pegi beli TV baru gamaknya. Alang-alang angkat TV Plasma la Hahahahaha.... Mak mesti mengamuk punye, wat menambahkan hutang je hehehehehehe... Ampun mak, gurau je.



SEBELUM

(Masa ni elok lagi TV ni, still leh berbakti untuk aku lagi.)
*

*

*

*

SELEPAS



(dAH JADI MACAM NI LAK tv NI. aPE VIRUS DA MERASUK tv NI PUN AKU TAK TAU. hUHU....)







Tuesday, July 21, 2009

~SaTu KiSaH cInTa BiAsA~

Suami saya adalah seorang jurutera. Saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul di hati saya ketika bersandar di bahunya.
Tiga tahun dalam masa perkenalan dan dua tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui bahawa saya mulai letih…lelah…, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya.
Tetapi, semua itu tidak pernah saya peroleh. Suami yang jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang dan ketidak mampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal. Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan perceraian.
”Mengapa?” Dia bertanya dengan nada terkejut. ”Intan letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan.”
Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya. ”Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Intan?” Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.
”Intan ada satu soalan, kalau Abang temui jawapannya di dalam hati Intan, Intan akan mengubah fikiran Intan. Seandainya, Intan menyukai sekuntum bunga cantik yang ada di tebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah Abang akan lakukan untuk Intan?” Dia termenung dan akhirnya berkata, ”Abang akan memberikan jawapannya esok.” Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.
Keesokkan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menemui selembar kertas dengan coretan tangannya di bawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang tertera...

”Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya.” Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya. ”Intan boleh mengetik di komputer dan selalu mengusik program di dalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Intan untuk memperbaiki program tersebut.”
”Intan selalu lupa membawa kunci rumah ketika Intan keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Intan ketika pulang.”
”Intan suka jalan-jalan di shopping complex tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Intan kunjungi, Abang harus mencari Intan dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Intan pulang ke rumah.”
”Intan selalu sengal-sengal badan sewaktu ’teman baik’ Intan datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Intan yang sengal itu.”
”Intan lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Intan akan menjadi ’pelik’. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Intan di rumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami.”
”Intan selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Intan, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti,abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu.”
”Tangan Abang akan memegang tangan Intan, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah.Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu.”
”Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat air matamu mengalir menangisi kematian Abang.”
”Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Intan.”
”Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Intan, Abang tidak akan menahan diri Intan mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Intan.”
Air mata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.
”Dan sekarang, Intan telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Intan puas hati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Intan.”
”Tetapi, jika Intan tidak puas hati, sayangku... biarlah Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Intan bahagia.”
Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.
Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam kewujudan yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam kewujudan yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.

Mengorak Langkah Pertama....

TARRAAAA.......
yummy yummy.... sedap kan tgk cup cake ni. tak rasa lagi pun tapi dah cukup menyedapkan mata memandang.
Ni la kegilaan aku skrg.. hehehehe...
xcited sgt nak pegi kelas die awal bulan 8 ni. Hopefully dengan bertambahnye skill aku nanti leh la aku menjana pendapatan sampingan sambil mengisi mase lapang dengan perkara yang aku sangat suke. At least kepuasan dapat sambil duit pun dapat.
insyaallah.. kalo ada rezki aku akan ade bisnes cup cake tak lame lagi AMIN....
pape pun yang penting usaha kan...
"KALAU TAK DI PECAHKAN RUYUNG, MANAKAN DAPAT SAGUNYA"
maksudnye.....
jangan malas kalo nak berjaya hehehehehehe...
( ni lum pegi kelas lagi da plan nak join venture wat bisnes ni ngan Kak Ina hehehehe... nasib die pun minat gak nak g kelas ni ade aku kawan. kalo tak kene pegi sorang2.)
Pada sesiape yang berminat nak pegi gak kelas mendeko cup cake, ni ade sedikit info pasal kelas yg dikendalikan oleh Reen.
Nak tau lebih lanjut surf add ni... http://dsaljurindubutiq.blogspot.com/
(tolong promote tu Reen, leh mintak komisen ni hehehehehehe...)
KELAS MENGHIAS CUPCAKE
Pada : setiap sabtu dan ahad
Lokasi : Klang, selangor.
Masa : 11.00-3.00pm
Bayaran: rm95.00 (NP RM120)
Modul:-12 biji cupcake akan dihias.-membancuh buttercream, menghias cupcake dengan buttercream,menghias dengan sugarpaste, dan menghias dengan coklat ganache,menghias dengan gel.-membuat bunga ros, badut, topi, melukis karektor, rossete, tulisan..dll.
Resepi diberikan.
Makanan disediakan.


Dibawah ni pics cupcake yang dicilok dari page Reen. heheheheh..
Excited la sangat...