Ermmm... lama tak update blog. Semuannya kerana masalah yang telah melanda ke atas broadband ni. Tak pelah. So, hari ni aku wat entry tentang 2 resepi yang baru aku cuba. Yang pertama minuman yang berasal dari Indonesia ES ALPUKAT. Alpukat kalo kat sini dipanggil avokado. Aku pernah terbaca tentang minuman ni mase bace novel yang bertajuk "Nota Cinta Buatmu". Kat dalam novel tu ada satu watak lelaki mat salleh yang bujang terlajak bernama Graham suka sangat minum Es Alpukat kalo singgah makan kat satu restoren nasi padang ni. Masa baca tu aku takdelah amik pot sangat sebab aku pun tak dapat nak bayang cane rase avokado ni. Yang aku selalu tgk and baca avokado dalam pencuci muka. Hahahahaha... Ntah cane satu hari mase aku tengah bosan-bosan terjupe satu blog penulis novel terkenal Norhayati Berahim. Belek punye belek blog die ade lak step by step recipe Es Alpukat ni. Die siap letak gambar lagi. Mase tu nampak sedap la pulak, dalam hati meronta-ronta nak cuba. rasa macam la tu gak nak pegi cari avokado. At last, selasa lepas mase aku and wani merayau-rayau kat Taman Dagang cari bahan-bahan and alatan untuk buat kek, terjupe lak avokado. Mak aiii mahalnya harga sebiji RM3.90. Huh... tapi sebab tak nak kempunan aku beli gak. So, malam tu aku try wat. Ermmm yummy... memang berbaloi harga mahal pun, sedap gile Es Alpukat ni. Macam aiskrim. Wani n abah pun setuju ngan aku yang air ni mmg sedap. Nanti balik Alor Setar, kalo jupe avokado kat Tesco aku nak wat untuk mak and Alan lak hehehe... For dispaly aku letakla beberapa gambar tuk tatapan kawan-kawan.
Okay tutup cerita pasal Es Alpukat, sekarang kite cerita pulak pasal kek lobak merah yang baru aku cuba ni. Aku saja-saja nak buat untuk Pot Luck and nak bawak balik kat mak and Alan. Nak try deco sendiri cup cake pun sama. Belek punya belek jupe resepi kek lobak ni, so aku try la. Rasa macam teringin la pulak nak mkn kek lobak asyik kek coklat je. So inilah hasilnya Kek Cawan Lobak Merah. Nanti aku tunjukkan pulak yang dah siap didecorate okay...
Sedap gak kek lobak ni, tak rugi try. hehehe...

No comments:
Post a Comment